Featured

20 Ramadhan 1434 H : Buat Kuih raya ! *Pic

LailatulQadar.

Alhamdulillah.Sampai dah pada 10 malam terakhir.Cepat betul masa berlalu.Tak lama lagi dah nak raya.Itulah bila lambat nak cepat.Bila cepat nak lambat.Huwaa.Sedih betul.The most important thing!Berjaga untuk 10 malam terakhir ini.Fighting! Mujahadah.Marilah kita bersama-sama.InsyaAllah.Moga dapat keberkatannya.

Hari ni berbuka dengan kurma.Air kosong.Mee Pama.Alhamdulillah.
Semalam tolong juniors buat kuih raya.Simple je pun.Guna kulit popia.


Malam semalam lah.Buat sampai angka 1 pagi.Last-lastnya bila dah siap aku pula tak dapat tidur.Online je memanjang.Haila.Buruk na perangai.Terus terlajak sahur.Manalah tak terlajaknya.Tidur nak dekat pukul 4 .Ingat 4.30 nak bangun sahur.Yang hado ! Alih-alih sorang lagi junior tu dah solat subuh pun.Umang aii..Kempunan kau nak sahur.Haussss ~

Nasib badan daa.Kali ni InsyaAllah.Azam.Dah terjaga pagi tu tak payah tidur dah ! Hidupkan malam dengan beribadah.InsyaAllah.Jom saling mendoakan.Moga Allah beri hidayah pada kita supaya dapat menghidupkan ibadah pada 10 malam terakhir ni.Mudahan-mudahan jumpa la Mak cik Laila.
Allahumma amiin.Nak syurga kenalah berkorban kan.

Moga Allah permudahkan.

Daripada Aisyah r.a., katanya: "Saya berkata: "Ya Rasulullah, jikalau saya mengetahui bila lailatul-qadar itu, apakah yang harus saya ucapkan pada malam itu?" Rasulullah s.a.w. menjawab: "Ucapkanlah : "Allahumma innaka ‘afuwun tuhibbul ‘afwa fa’ fu ‘anni" (Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan suka memaafkan, maka maafkanlah aku). (HR Termidzi) 

280720130843PM
HOSTEL IDAMAN
ALONE IN MASTER ROOM

✰ Nak kahwin tapi Mak Ayah tak benarkan ✰

Bismillah Ar Rahman Ar Rahim

Pernah suatu ketika, ustaz ditanya oleh seorang anak muda 

"Ustaz, saya nak kahwin tapi mak ayah tak benarkan lagi, kenapa? Saya dah besar"

Jawapan ustaz mudah 

"Benar, kita dah besar, dah dewasa tapi itu di mata kita. Di mata mak ayah mungkin belum lagi. Kena ingat, orang yg paling mengenali kita luar dalam adalah mak ayah kita. Mereka tak bagi tu bukan kerana depa tak bagi langsung tapi depa tak percaya lagi yg kita ni nak kahwin, depa tak dapat lagi kepercayaan daripada kita yang kita ni nak jadi ketua keluarga. Kepercayaan yang macam mana?

Kalau kita ni pun jenis bangun pagi pun lambat, solat pun hujung-hujung waktu, takkan la mak ayah senang-senang nak kahwinkan kita dengan anak orang. Tujuan nak kahwinkan tu untuk bimbing anak orang tapi kalau bangkit pagi pun nak dekat tengahari, camtu ka nak jadi ketua keluarga..

Bakti dengan keluarga pun kena kira jugak. Mak ayah kadang belum rasa puas lagi anak tu berbakti dengan dia tapi anak tu dah sibuk nak berbakti dengan bakal suami dia. Kerja-kerja rumah, mengemas, memasak, mak tak dan lagi nak rasa air tangan anak tu, camna dia nak percaya anak dia tu nanti nak berbakti dengan suami dia nanti?

Kesimpulannya mudah.

Tunjukkan kesungguhan kita pada mak ayah & buktikan pada mereka yang kita benar-benar dah bersedia fizikal & mental, rohani & jasmani dalam pada kita nak bina keluarga kita sendiri. Selain itu, kriteria lain yang diperlukan adalah 

1.Matang dalam membuat keputusan
2.Bijak kawal ego & emosi
3.Mengambil berat tentang ahli keluarga
4.Ilmu agama yang cukup
5.Bersifat kepimpinan

Moga bermanfaat. 

270720131213PM
Ustaz Don Daniyal Don Biyajid : Solat & Selawat Tour

17 Ramadhan 1434 H : Sorang je..*Pics

Alhamdulillah.

Dah sampai 17 ramadhan.

Huhuhu.Hari ni sedih sikit.Sorang-sorang je.Jelas nampak di wajah.Sedih.Walaupun tak nak sedih-sedih tapi lakaran hati cepat je terpamer pada wajah.Haih.Ini sudah parah maaa.Macam mana mahu berlakon gini.! Tak ada bakatlah nampak gayanya.Huihuihuiii.Itupun sebab kawan yang tegur.Kata muka sedih je.

Dah la tu.Sensorang je.Mana la tak sedihnya.Kawan yang rapat balik kampung dah.Pastu yang sorang lagi ada kelas pula.Tinggallah aku sensorang.Aku ni manalah nak rapat dengan orang lain.Tak mahu deh!Bukan aku tak nak tapi aku tak biasa.Kekok gitu.Tak pandailah aku.Lagi-lagi orang yang aku tak kenal hati budinya macam mana.Serba tak kena aku.

Tak tahu nak reaksi macam mana.Action kamennn!! Hee.

Aku bukan jenis yang mengendeng-ngendeng kat orang.Kalau orang tu tak nak dekat dengan aku .Mana la pula aku nak dekat dengan dorang.Kalau dorang okey aku pun okeylah.Aku memang susah nak serasi dengan orang.Satu dalam sejuta aku rasa.Sebab tu kalau aku rasa tak serasi aku lebih rela sendiri.

Biarlah apa orang nak kata.Asal kita selesa.Ye dop?.Dalam sendiri tu la baru boleh muhasabah diri banyak-banyak.Rasa tenang je.Aman.Tanpa perang.Emosi . Dan . percakapan .Tapi kekadang yang buat tak aman tu bila orang soal pula.

"Kenapa sorang?"

"Sorang je?"

"Kawan mana?"

"== Hailla.Rimas tahu !.Boleh tak kau biarkan aku je.Awatnya prihatin sangat?


  Dan tadi ada satu kelas untuk presentation je dengan revision Cytology untuk final exam.Aku rasa sungguh boring .Huhuhu.Datang semata-mata sebab nak penuhkan kehadiran je.Niat nak tuntut ilmu tuh ada tapi terpendam nun jauh di dasar bilaa tengok keadaan sekeliling.So tak supportive betullah.Sabar jer la.Kalau aku tak kuat dah lama aku lari keluar agaknya.Hohoho.

Dan tiba-tiba masa dorang present slide terpadam.Dan lampu pun terpadam.Oh my ! BlackOut! Hahaha.Kejap je pun.Aku fikir satu je.Sah kolej ni tak bayar bil elektrik nih.Ahaha.Aku anti betul dengan pengurusan kolej aku nih.Eheh ! Tak pe,tak pe,Kau tunggu je !



Dan nie pagi tadi punya view traffic masa aku otw ke kolej.Takdelah jam mana pun.Tapi semua kenderaan berpusu-pusu.Berderet-deret tanpa henti.Macam tergesa-gesa je lagaknya.Takut lambat ler tu.Sorrylah.Gambar ni aku ambik guna handphone murah je.Terbalik lak tuh ambik gambar.Hahaha.Malas nak rotate larh.Korang rotate larh sendiri.

Alhamdulillah.Hari ni berbuka dengan mee Tomyam.Juniors buat.Dorang baik sungguh.Moga Allah murahkan rezeki dorang dan diberikan taufik dan hidayah selalu.Allahumma aamiin.Asyik diajak makan je rasa segan giler jadinya.Huhuhu.Nak tolak serba salah.Nak ambil pun serba salah.Hailaa.Okeylah.Cadangnya nak bangun sahur awal.Tingkatkan prestasi ibadah.
Nanti tak terbangun pula aku.Ni korang punya pasal larh ni.! Hailaaa..Hahaha.Okla goodnite !

"Sahaja aku berpuasa esok hari untuk menunaikan fardhu ramadhan tahun ini kerana Allah"

260720130125PM
MASTER ROOM
HOSTEL IDAMAN
JUNIOR ON THE PHONE

14 Ramadhan 1434 H : Nak balikk!! T_T *Pic

Alhamdulillah.

Pagi. And

Petang.

Tak ada kelas.Rehat ! Yeah.

Malam.


Lepak dalam bilik.Juniors buka lagu raya sambil buat tutorial.Huwaaa.Terasa nak balikk !!

230720131100 PM
MASTER ROOM
HOSTEL IDAMAN

9 Ramadhan 1434 H : Kalutt *Pics

Haiii..

Menunggu sahur buat ramadhan yang ke 10.Moga menjadi turning point buat menjadi hamba Allah yang lebih baik lagi.Muhasabah diri seketika.

Imbas kembali.

Ramadhan ke 9.

Pagi pergi lab.

Tak ada buat apa pun.Just tunggu giliran nak buat embedding hingga staining.Yang lamanya tunggu giliran tuh.Boleh pula lecturer bawa junior tengok demo macam mana nak buat process tu.So lagi lambatlah nak tunggu.


Haila.Akhirnya aku malas nak tunggu lama-lama.Cakap kat group nak balik hostel jap.Nanti petang datang balik.Huhu.Selalu macam tuh kan.Hehe.Aku memang cukup tak suka nak tunggu lama-lama.Haii.Seksa sungguh rasa.

Seperti yang diberitahu.Balik hostel kejap lepas tu online.jyeah!.Rasa mengantuk giler.Then,aku pun tertidur sampai tak sedar nak dekat pukul 2 petang sudah.Cepat-cepat aku bingkas bangun.Solat kejap.Kawan aku 2 orang dah balik.Katanya nak balik kg dah.Asudah.Process tak siap lagi.

Aku turunlah ke lab.Kawan sorang lagi lena pula tidurnya.Letih agaknya.Haiila.Geleng kepala jer la mampu.Hoho.Masuk lab tengok group memang tak buat lagi.Lepas tu group dah berpecah jadi dua geng pula.Nasib daa.Itulah bila ada perselisihan faham susah benar.Geng lagi satu dah siap.Geng aku yang tak siap lagi.Terkial-kial dan terkapai-kapai.

Tinggallah kami 4 orang.Bertungkus lumuslah nak membuat tu.Paling susah bila nak potong tisu dekat microtome.Alhamdulillah baik kawan aku nak tolong.Huhu.Maklumlah aku ni bukannya tahu sangat.Dorang 3 orang jer la yang bertungkus lumus buat sedangkan aku jadi pemerhati yang tak tegar sangat.Hee.

Serba salah pun ada sebab tak tolong apa tapi nasib baik masa staining aku tolong jaga masa so tak adalah rasa bersalah sangat.Happy.Hee.Alhamdulillah.Masa time dorang buat kat microtome tu aku sibuk dengan tutorial aku yang tak siap lagi.Huhuhu.Dah siap tuh la aku pergi tolong jaga masa.Skip2 juga buat tutorial.Alhamdulillah.Lega kitorang dah siap semuanya.

Aku dengan kawan aku plan nak pergi berbuka antara kat McD,Pizza ngan KFC.Lastnya KFC juga dipilih.McD.Haishh.Rasa tak tertelan aku nak makan bila teringat saudara-saudaraku kat sana.Sedih rasa.Tapi dorang tak rasa.Maybe dorang tak tahu or dorang tak sedar lagi betapa deritanya mereka di sana.Hmm.Allahu.


jyeah! Berbuka kat KFC.Dengan kawan,anaknya ! Comel ! Suaminya.Kawan aku dan aku.Macam tak berbaloi pula berbuka kat KFC.Baik pergi bazar.Haha.Lain kali tahu!.Dah siap.Cari surau belakang pizza.Mula-mula kitorang datang survey surau dulu lepas tu tengok pintu surau tak buka pun.Lepas tu masa basuh tangan kitorang tanya orang,orang tu kata kat belakang Pizza.Kawan aku cakap maybe tadi dia tak buka lagi kott.

Cehh! Rupanya-rupanya bukan surau yang tak buka tapi pintu masuk yang salah ! Hahaha.Kitorang pusing cari surau sikit je lagi pintu yang betul-betul nak dijumpai namun apakan daya tak sabar tu la jadinya.Terhenti kat pintu yang tak boleh dibuka tu.Haha.Tapi Alhamdulillah jumpa.Takdelah kalut nak kejar masa solat maghrib.Dengan nak tunggu basnya lagi kan.Huhu.

Moga esok adalah hari yang lebih baik daripada hari ni.Moga menjadi hamba Allah yang lebih baik.InsyaAllah.Aku doakan kau.Kau doakan aku.Moga kita saling mendoakan walaupun berjauhan.Moga bersatu hati kita menuju redha Allah.

190720131230AM
MASTER ROOM
HOSTEL IDAMAN

8 Ramadhan 1434 H : Selipar tertanggal..Opss! *Pics


Alhamdulillah kerana masih diberikan peluang untuk hidup buat sekian kalinya.Moga tidak sia-sia mengisi perjalanan dalam hidup ini.Semalam(Hari Selasa) full.One day rasa penat huhuhu.Sampai tidur nyenyak sungguhlah.Nyaris subuh terlajak.

Pagi semalam aku bangun awal.Segera bersiap untuk pergi kelas.Pergi rumah kawan dulu untuk pergi sama-sama.Aku ketuk pintu tak ada orang buka.Okey.Aku pun pergilah sendiri.Gagahkan diri walaupun takut-takut berani.Hahaha.Then,baru nak turun nampak depan mata aku sendiri..

"Bassss !!!! Huwaa..kenapa pergi dulu.." .Hati aku menjerit.

Dengan muka sedihnya aku pun naiklah rumah balik.Masuk bilik.Online ! eheh!Tiba-tiba kawan aku mesej.Tanya dah pergi ke.Katanya dia tertidur.Oh yeah !Kita pergi sama-samalah !Aku baru nak online ! Aigooo.Takpelah.Aku pun pergilah rumah kawan aku.Tunggu dia.Then sama-sama gerak.Bas seterusnya pula dah gerak.Huwaa.Keciwa lagi.

Kitorang pun tunggu bas seterusnya dan ini kali terbaiklahh! Ini makan dia.Studentnya ramai la pula.Duduklah kau kat tangga tu haa.Yang selebihnya sanggup tunggu bas seterusnya.Aku.Malaslah nak tunggu.Naik jer la.Tangga pun tangga lah.Asal dapat duduk.Eleyh.Macam tak biasa kan.



Dalam perjalanan.Bosan sungguh rasa hati.So dengarlah lagu huhuhu.Sesak kott jalan.Traffic Jam.Biasalah manusia berpusu-pusu mengejar masa ke tempat kerja.Alangkah indahnya kalau macam tu la berpusu-pusu mengerjakan solat di awal waktu dan kebaikan tanpa henti.Moga saja tak lama lagi.Allahumma amiin.

Sampai kolej.Takde benda nak buat pun seawal pagi ni.Kitorang gerak pergi library.Apa lagi.Tak ada port lain nak lepak dah.Online lagi.Aduyaii.Bosan.Kawan aku online dulu.Aku ambil la buku apa-apa baca kejap.Hohoho.Minda tak boleh fokus pada buku.Termenung jauh nun di dalam buku tuh.



Dah bosan selak-selak buku aku pun cari komputer.Apa lagi online lah ! Hoho.Bosan juga.Tak tahu nak buat apa.Baca artikel lah apa lagi.Laju je taip address Angel Pakai Gucci kan.Kat mana-mana pun teringat itu je.Wah gitu!Ada lah juga beberapa address yang aku ingat.

Okey kelas.Lambat lagi daaa.Lepas zohor baru kelas kott.Dah bosan tahap gaban aku meng'Online" + mengantuk pula.Baik lepak surau pula.Huhuhu.Ada niat nak marathon Al-Quran kat surau walaupun mata macam stimm je kott.Apa lagi geraklah pergi surau.Ok tak ngantuk.Marathon jap.Then,tido kejap.Then,tidur.Then,tunggu zohor.Done.

Dan korang nak tahu tak? Astaghfirullah al'adzim.Memanglah tak pe.Korang ABC.Tapi agaklah sikit.Yang lain puasa tak reti nak beradab ke? Siap buat jamuan bertiga lagi.Haiillaaa.Di manakah terletaknya malumu? Di lubang hidungmu kah? Atau di kepala lututmu? Apa pun tak boleh daa.Sabar jer la aku kat situ.Sabar sabar sabar.Puasa la sayang.Sabor je la.Dan lagi yang menurunkan kesabarannya bila mana ketibaan hamba-hamba Allah ke dalam surau tak reti-reti nak tutup pintu.Hailla.Sabor lagi.

Dah dah gerak gerak.Kelas.Bikin panas je hati ini.



Aku dan kawan aku pun geraklah ke kelas.Holamakk.Untuk kesekian kalinya.Aku punya turn untuk present hari ni.Hahaha.Kawan aku mesej suruh pergi untuk ambil slide mana yang perlu dibaca.Walaupun cuak buat relaks saja.Sementara menunggu group lain buat present.Aku tanyalah pada group apa yang perlu aku baca.Huhuhu.Sampai dah masa dia.


  Sampai time aku terus aku baca laju.Walaupun lidah berbelit-belit dengan tak tahu macam mana nak sebut perkataan english tu.Aku baca saja.Dan buat gaya relaks walaupun aku tak tahu macam mana keadaan aku masa tu ...perset..eh..Pedulikan semua itu.Kesah ke aku? Haha.Yang penting bahagian aku perlu segera dilaksanakan.Huhu.Alhamdulillah.Selamat akhirnya.

Ok done.Gambar tu presentation group yang terakhir buat hari semalam.To be continue.. minggu depan.Balik yeah ! Tak lama lagi hujan pula.Habislah daku basah kuyup bersama kawan-kawan.Bas pula datangnya lambat.Tunggu punya tunggu punya tunggu sampai hujan lebat sampai tempias kat stesen bas.Puas angkat kaki last-last biarkan je lah air mengalir.Alang-alang dah basah.Biar basah semua la kan.Huhuhu.



Bas pun sampai.Alhamdulillah.Redha sikit hujan.Dan akhirnya naik bas berebut juga.Aku dapat second.Berebut dengan kawan kat sebelah haha.Sedia pintu buka jer terus serbu.Dah la tuhh.Boleh pula selipar aku tertanggal time naik tuhh.Selipar aku ! Aku kutip balik.Pilih tempat duduk dalam bas then baru sarung balik.Huhhu.Bukan tak biasa selipar tertanggal time naik bas.

Biasalah bila berebut-rebut macam tu kan.Huuu.Apa boleh buat redha jer la.Alah tegal biasa.Biasa rh bro ! Segan pun hilang.Well,i'am a senior.Kekekekeke.

Panjang lak aii.Yer la cerita untuk seharian.Umang aii..nak dekat 12 malam dah tak siap cerita lagi.Huhu..Aku dapat pergi terawih malam semalam dengan kawan-kawan.Seronok rasa.First terawih dalam bulan ramadhan nih.Tapi so sad tak ada tazkirah.Solat terawihnya pun kejap je.Maybe sebab imam yang dijemput tu nak cepat kott.So baliklah dengan sedikit kechiwa.


Dan tadi ada lab untuk proses fixation.Entah apa-apa.Malas nak cerita apa yang terjadi.Serabut to the down.Huhuhu.Tak ku heran itu semua.Ikut kamulah.Kalau itu kata kamu aku ikut je asalkan baik untuk aku juga.


Dan habis lab balik solat Asar dan relaks-relakskan badan.Online kejap.Asyik online jer.Aiseyh.Aku pun bosan online yer huhuhu.Pastu kawan-kawan ajak pergi Bazar.Berbelah bagi antara nak pergi atau tidak.Lastly ikut jer la walaupun tak tahu nak beli apa...Yang hado ! Aku beli satay ayam 5 cucuk dan satay lembu 5 cucuk.Semuanya lima ringgit.

Alhamdulillah.Akhirnya finish buat ramadhan yang ke 8.Moga esok menjadi hari yang lebih baik buat kita.Maafkan saja kesilapan orang yang menyakiti kita.Allahumma amiin.

180720131250AM
KHAMIS MALAM
HOSTEL IDAMAN
LEPAK-LEPAK JUNIOR

♫ Perasan Diri ♫

Bismillah Ar Rahman Ar Rahim

Selayak manusia dipandang hina
Meninggi diri konon mulia
Mutaba'ah amal tak tertinggal
Siapa sangka riak menampar

Tersentak diri ternganga luas
Parah di jiwa apa ubatnya hati
Satu cara satu saja jalannya
Bersendirian bermuhasabah diri

Takkan manusia luak dihina
Pujian menggunung lakonan semata
Bukan mereka yang memberi pahala
Datangnya semata-mata dari Ilahi

130720130941PM
HOSTEL IDAMAN
4 RAMADHAN ALONE

♫ Yang dicari ♫


Bulan Mulia Bulan Rahmat
Berpesta pora nafsu dunia
Beraneka jenis Juadah berbuka
Yang membuka turut sama

Bulan bukan sebarang bulan
Namun bukan penghalang
Nafsu dunia menyelubungi
Fitrah kejadian insani

Bila iman tak lekat di hati
Apa saja dikatakan tak apa
Lepas berbuka boleh apa saja
Namun semasa puasa pun sama

Dimanakan cari iman di hati
Kerana ia tidak diwarisi
Jika tidak berusaha sendiri
Alamatnya padah di akhirat nanti

120720131128PM
3RD RAMADHAN
HOSTEL IDAMAN

♫ Bukan menolak ♫


Aku enggan bukan menolak
Mengenalimu alhamdulillah
Aku enggan bukan menolak
kebaikan yang sentiasa diterima

Aku enggan bukan menolak
Jangan baran berburuk sangka
Aku enggan bukan menolak
Cuma malu sentiasa menerima

Aku enggan bukan menolak
Aku tak tahu bagaimana menerima
Aku enggan bukan menolak
cuma janggal segan tak keruan

FIRST IFTAR RABU
1007201308:59 PM
HOSTEL IDAMAN

Disclaimer

From View of My Eyes is a personal blog solely belong to Mas_FVOME.Any statement,opinion,review or stories written in this blog fully on the behalf of blog owner.The written usually from the personal emotion,feeling and current condition of the blog owner.

Blog owner will do not take any responsibility towards any damage,hardly breathe or mental disturbance after reading the blog post.The readers should take responsible toward their own choice reading sources.

Anything that appear on this blog for informal purposes only.If there is anything related to academic knowledge,it's mere for own self understanding.The contents is strictly prohibited being copy and paste or published on the other media social/website/books unless with the permission of blog owner.Your honesty is really appreciated.

I'm not concerned about the grammatical error in my blog post as long as the reader understand the message,but if you do.Sorry ! I can do nothing about it.Still improving.Read it or just leave it.Thank you for your precious time.Have a nice day !

Most pictures credit to Google Image.

Plagiarisma.Net