Featured

♫ Yang meragu ♫


Bukan aku tidak menyokong
Namun aku masih ragu-ragu
Apakah benar atau salah
Kerana tiada bukti yang nyata

Yang sudah tercemar
Sukar dibersihkan kembali
Yang punya agenda
Apakah inginkan kuasa?

Antara percaya dan tidak
Dari satu keluarga
Berpecah belah kini
Tak kenal lagi saudara

Yang dulunya bergelak tawa sama
Kini mencaci maki sesama
Yang dulunya bekerjasama
Kini saling salah menyalah sesama

Ku yakin ada yang murni
Namun sukar benar menilai
Permata di celahan kaca
Kecuali hanya jauhari yang mengenal manikam

♫ Sebesar Zarah ♫


Zahir sudah menunjukkan rupa
Bukan aku prejudis
Namun segalanya telah
Terpampang di hadapan mata

Tak payah katanya
Hanya sambelewa
asal beres segala
Sungguh tak kena

Bukankah segalanya dipertanggungjawabkan
Tak punya hak mengapa meminta
Walau sebesar zarah
Tetap dihitung nilainya

Ya,bukan kau yang menilai
Kerana kita tak sempurna
Hanya hamba yang hina
Tapi Allah Yang Maha Kuasa

Menilai dari sudut pelbagai
Umurmu bagaimanakah dihabiskan?
Masamu di manakah dicurahkan?
Setiap detikmu dihitung tak tertinggal

Bukan kita hidup kerana harta semata
Bukan kita hidup kerana keluarga semata
Bukan kita hidup kerana dunia semata
Tapi kita hidup kerana Allah semata-mata

♫ Kesempatan harta ♫


Rezeki yang mencurah-curah
Adanya dalang mengambil kesempatan
Walau berkopiah bukan alasan
Untuk malu kepada Tuhan

Mengapa dia serong pada hati
Mengapa dia bertindak rupa syaitan
Mengapa dia memfitnah melilau
Apakah kerana dendam atau kuasa?

Kerana seorang terpalit semua
Nama agama tercalar rata
Aku benci manusia ini
Malaikat bertopengkan syaitan semata

Jika benar menyokong
Mengapa mengambil kesempatan
Jika benar membenci
Mengapa masih datang lagi?

Sungguh hipokrit
Bukan hanya pada rupa
Aku mendengar mungkin salah
Namun aku juga memerhati

♫ Zamrud nan Indah ♫


Hujan rintik-rintik
Melentokkan seisi dunia
Kesamaran semakin jelas
Tampak sinar menjelang Raya

Aku memandang bukannya harta
Walaupun tak dinafi gembira
Aku terkesima keindahan rupa
Disinari iman terletaknya di jiwa

Penyokongnya kuat bukan taksub
Hijaunya serasi kasih sang alam
Rumpunnya harmoni mengalunkan kalam
Takkan berhenti sehingga ajal mendatang

Kasih tertumpah tanpa dipaksa
RahmatNya menyinari buana
Keikhlasan hati semakin terasa
Adakah ini petanda dariNya?

♫ Bertakhta di Biru ♫


Salam samar buat Sang gelap
Angka 12 Malam detik bermula
Coretan rasa sementara pulang
Menunggu habis budak Pailang

Aku bertakhta di puak Biru
Bukan bermakna penyokong padu
Aku memerhati si puak hijau
Nampak damai di situ

Di mana kebenaran di mana kebatilan
Tak mungkin hilang ditelan zaman
Dalam gunting adanya lipatan
Sungguh berbahasa menyembunyikan rupa

Bukan semua yang benar
Bukan semua yang salah
Mesti ada pro dan kontra
Saling melengkapi buat uji kaji

Aku yang masih mengkaji
Memerhati dengan teliti
Yang benar ku akui

Pemerhati Kubu Nilam

Disclaimer

This is a personal blog. Any views or opinions represented in this blog are personal and belong solely to the blog owner and do not represent those of people, institutions or organizations that the owner may or may not be associated with in professional or personal capacity, unless explicitly stated.

Any views or opinions are not intended to malign any religion, ethnic group, club, organization, company, or individual.All content provided on this blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.