9 Ramadhan 1434 H : Kalutt *Pics

Haiii..

Menunggu sahur buat ramadhan yang ke 10.Moga menjadi turning point buat menjadi hamba Allah yang lebih baik lagi.Muhasabah diri seketika.

Imbas kembali.

Ramadhan ke 9.

Pagi pergi lab.

Tak ada buat apa pun.Just tunggu giliran nak buat embedding hingga staining.Yang lamanya tunggu giliran tuh.Boleh pula lecturer bawa junior tengok demo macam mana nak buat process tu.So lagi lambatlah nak tunggu.


Haila.Akhirnya aku malas nak tunggu lama-lama.Cakap kat group nak balik hostel jap.Nanti petang datang balik.Huhu.Selalu macam tuh kan.Hehe.Aku memang cukup tak suka nak tunggu lama-lama.Haii.Seksa sungguh rasa.

Seperti yang diberitahu.Balik hostel kejap lepas tu online.jyeah!.Rasa mengantuk giler.Then,aku pun tertidur sampai tak sedar nak dekat pukul 2 petang sudah.Cepat-cepat aku bingkas bangun.Solat kejap.Kawan aku 2 orang dah balik.Katanya nak balik kg dah.Asudah.Process tak siap lagi.

Aku turunlah ke lab.Kawan sorang lagi lena pula tidurnya.Letih agaknya.Haiila.Geleng kepala jer la mampu.Hoho.Masuk lab tengok group memang tak buat lagi.Lepas tu group dah berpecah jadi dua geng pula.Nasib daa.Itulah bila ada perselisihan faham susah benar.Geng lagi satu dah siap.Geng aku yang tak siap lagi.Terkial-kial dan terkapai-kapai.

Tinggallah kami 4 orang.Bertungkus lumuslah nak membuat tu.Paling susah bila nak potong tisu dekat microtome.Alhamdulillah baik kawan aku nak tolong.Huhu.Maklumlah aku ni bukannya tahu sangat.Dorang 3 orang jer la yang bertungkus lumus buat sedangkan aku jadi pemerhati yang tak tegar sangat.Hee.

Serba salah pun ada sebab tak tolong apa tapi nasib baik masa staining aku tolong jaga masa so tak adalah rasa bersalah sangat.Happy.Hee.Alhamdulillah.Masa time dorang buat kat microtome tu aku sibuk dengan tutorial aku yang tak siap lagi.Huhuhu.Dah siap tuh la aku pergi tolong jaga masa.Skip2 juga buat tutorial.Alhamdulillah.Lega kitorang dah siap semuanya.

Aku dengan kawan aku plan nak pergi berbuka antara kat McD,Pizza ngan KFC.Lastnya KFC juga dipilih.McD.Haishh.Rasa tak tertelan aku nak makan bila teringat saudara-saudaraku kat sana.Sedih rasa.Tapi dorang tak rasa.Maybe dorang tak tahu or dorang tak sedar lagi betapa deritanya mereka di sana.Hmm.Allahu.


jyeah! Berbuka kat KFC.Dengan kawan,anaknya ! Comel ! Suaminya.Kawan aku dan aku.Macam tak berbaloi pula berbuka kat KFC.Baik pergi bazar.Haha.Lain kali tahu!.Dah siap.Cari surau belakang pizza.Mula-mula kitorang datang survey surau dulu lepas tu tengok pintu surau tak buka pun.Lepas tu masa basuh tangan kitorang tanya orang,orang tu kata kat belakang Pizza.Kawan aku cakap maybe tadi dia tak buka lagi kott.

Cehh! Rupanya-rupanya bukan surau yang tak buka tapi pintu masuk yang salah ! Hahaha.Kitorang pusing cari surau sikit je lagi pintu yang betul-betul nak dijumpai namun apakan daya tak sabar tu la jadinya.Terhenti kat pintu yang tak boleh dibuka tu.Haha.Tapi Alhamdulillah jumpa.Takdelah kalut nak kejar masa solat maghrib.Dengan nak tunggu basnya lagi kan.Huhu.

Moga esok adalah hari yang lebih baik daripada hari ni.Moga menjadi hamba Allah yang lebih baik.InsyaAllah.Aku doakan kau.Kau doakan aku.Moga kita saling mendoakan walaupun berjauhan.Moga bersatu hati kita menuju redha Allah.

190720131230AM
MASTER ROOM
HOSTEL IDAMAN

No comments:

Post a Comment

Current Status ( 30 JULY 17) : "Welcome Sem 5 ! May Allah blessπŸ’• this journey! Bittaufiq wannajah!"

Disclaimers

From View of My Eyes is a personal blog solely belong to Mas_FVOME.Any statement,opinion,review or stories written in this blog fully on the behalf of blog owner.The written usually from the personal emotion,feeling and current condition of the blog owner.

Blog owner will do not take any responsibility towards any damage,hardly breathe or mental disturbance after reading the blog post.The readers should take responsible toward their own choice reading sources.

Anything that appear on this blog for informal purposes only.If there is anything related to academic knowledge,it's mere for own self understanding.The contents is strictly prohibited being copy and paste or published on the other media social/website/books unless with the permission of blog owner.Your honesty is really appreciated.

I'm not concerned about the grammatical error in my blog post as long as the reader understand the message,but if you do.Sorry ! I can do nothing about it.Still improving.Read it or just leave it.Thank you for your precious time.

Have a nice day !

Most pictures credit to Google Image.

Plagiarisma.Net